Walaupun tidak cemerlang keputusan peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperoleh pelakon remaja popular, Diana Danielle Beeson (Danielle), 17, yang diumumkan semalam boleh dianggap baik.

Pelajar Sekolah Menengah Sri Inai, Hulu Klang itu memperoleh dua A dalam amata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dan lima B membabitkan mata pelajaran Sains dan Teknologi, Kimia, Fizik,   Bahasa Melayu dan Geografi.

Ketika dihubungi, ibunya Norsiah Ramli memberitahu walaupun keputusan diterima Diana boleh dianggap memuaskan, namun pelakon utama drama bersiri Janji Diana tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehnya itu.

“Sebaik menerima keputusan itu, dia kecewa kerana tidak dapat mencapai apa yang disasarkan.  Mengikut daripada pencapaian peperiksaan percubaan dia memperoleh lima A.

Bagaimanapun, peperiksaan percubaan tidak sama dengan SPM sebenar dan saya sebagai ibu tetap bersyukur kerana dia sudah melakukan yang terbaik,” katanya.

Tambah Norsiah lagi, sebaik menerima keputusan itu dia berpuas hati kerana ketika berhadapan persiapan untuk menghadapi peperiksaan sebelum ini, Diana sibuk di lokasi penggambaran

Sumber: Keputusan SPM Diana Danielle 2A, 5B – Boleh’la Tu