Thursday , September 24 2020

Kes Cerai Erra Fazira, hak jaga anak diserah pada Engku Emran

Berita mengejut semalam apabila mahkamah telah mengesahkan perceraian pelakon popular Erra Fazira dan Engku Emran semalam.

BACA: Erra Fazira & Engku Emran sah cerai talak satu

Lafaz cerai telah dilakukan Engku Emran di hadapan Hakim Syarie kira-kira jam 12.50 tengah hari. Erra Fazira atau nama sebenar Fazira Wan Chik kelihatan tenang apabila Engku Emran melafazkan cerai tersebut.

Engku Emran selaku defendan diberikan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak perempuan mereka manakala Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan.

Erra tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya, dan dia berasa lega segala spekulasi mengenai rumah tangganya selesai.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

PU Abu dikecam kerana bermain TikTok

Siapa sangka pendakwah bebas seperti Pencetus Ummah Abu (PU Abu) di kalangan manusia yang terjebak …

counter statistics