Beberapa bulan lepas, kes pelakon Adi Putra cubaan mempunyai skandal dengan isteri orang telah ditutup oleh pegawai penyiasat kerana diklasifikasikan sebagai NFA (No Furher Action). Namun begitu, akibat tidak berpuas hati dengan keputusan itu, suami kepada wanita yang dikaitkan dengan Adi Putra telah membuat press conference dan meminta supaya kes ini dibuka semula kerana terdapat keraguan keakraban Adi bersama pegawai penyiasat tersebut.
BACA: Jawapan kes skandal Adi Putra, “No Further Action” wujud suka sama suka
Baru-baru ini, satu surat telah didedahkan oleh Amirrudin melalui Instagram yang menurutnya, pegawai penyiasat tersebut telah dikenakan tindakan tatatertib dan berkemungkinan kes ini dibuka semula jika ada diminta.
Apakah pendapat anda mengenai perkara ini, perlukah ia diselesaikan menggunakan cara sebegini ataupun diselesaikan secara peribadi.