Tahniah kami ucapkan buat Falisha Crossley kini sah bergelar isteri kepada juruterbang, Mohamad Rafiq Mohmad Ariff. Majlis pernikahan telah berlangsung sekitar jam 10 pagi tadi dihadiri lebih kurang 100 tetamu terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan kedua pasangan pengantin. Majlis diadakan di Masjid Darul Hana, Kuching, Sarawak.

Falisha menerima mas kahwin berjumlah RM1,304.85 yang merupakan simbolik kepada tarikh lahirnya iaitu 13 April 1985. Seperti biasa, wang hantaran telah dirahsiakan kepada umum.