Semalam telah berlaku kekecohan apabila sebuah fanpage Facebook telah mengeluarkan berita palsu mengenai kematian Lan Kristal.

Di dalam berita tersebut menyatakan Lan Kristal telah meninggal dunia akibat terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku tengah hari semalam.

Isteri Lan ketika ditemubual berkata

Sekarang ini, memang kami berasa geram dan sedih sebab orang buat berita palsu. Tapi bila difikirkan balik, kami reda dengan sikap tidak baik jenis orang yang sebegitu.

Perkara ini bukan boleh dibuat main-main, kalau nak buat berita tergempar semata-mata nak tarik ‘follower’ biarlah sahihkan dulu berita tu, betul ke tidak? Jangan main ikut suka sahaja. Sama-sama cari makan, biarlah cara yang elok dan halal bukan macam ini caranya.

Kesian dekat keluarga kami dan rakan-rakan, mereka semua terkejut apabila mendengar berita macam itu. Ada di antara keluarga kami yang sedang sakit,

“Kami tidak mahu duit atau saman pihak tersebut. Tapi, kami mahu pihak yang bertanggungjawab yang sudah menghebohkan berita palsu ini tampil ke depan untuk permohonan maaf.

“Almaklumlah, satu facebook viral tentang berita palsu kononnya Lan Kristal telah terlibat dengan kemalangan jalan raya