Sunday , March 26 2023

Lana Nordin mengandung anak pertama (6 Gambar)

Ucapan tahniah daripada kami buat Lana Nordin dan suaminya, Daud McKienzie kerana telah disahkan hamil baru-baru ini. Melalui laporan Harian Metro, Lana cukup gembira dan terkejut apabila mendapat berita itu selain merasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT ini.

Dipetik Lana berkata

 

Alhamdulillah, kami dikurniakan rezeki awal. Ikut perancangan kami mahukan anak selepas dua tahun berkahwin, tapi itu semua ketentuan Allah SWT dan kami bersyukur. Jika difikir balik, semua itu ada hikmah kerana usia kami bukannya muda lagi.

Sekiranya dua tahun dari sekarang baru nak dapat anak, saya rasa agak lambat juga. Apatah lagi saya mahukan empat anak.

Kandungan Lana Nordin kini sudah memasuki trimester kedua dan artis tersebut berhasrat untuk bersalin di Kuala Lumpur kelak. Dia juga mengalami sedikit alahan ketika hamil ini antaranya terhadap spaghetti bewarna hijau dan gemar dengan makanan yang pedas

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …