Pada 28 April lepas, telah berlaku kejadian langgar lari di sebuah perkampungan di Fuzhou Minhou County Qingkou Town Zhuangtou di mana seorang lelaki, Lin Jianxin, memandu keretanya telah melanggar semua orang yang berada di laluannya.

Kejadian tersebut telah menyebabkan enam (6) kematian dan tiga belas (13) lagi cedera sebelum dia ditangkap polis. Menurut saksi, Lin bertindak demikian selepas hilang kawalan diri akibat mengalami masalah rumahtangga. Dia dikatakan kerap meminta wang daripada isterinya dan mengugut untuk menculiknya sebelum kes tersebut dibawa ke mahkamah. Selepas bercerai dimahkamah, Lin membakar kereta keluarga isterinya sebelum bertindak membawa keretanya membabi buta.