Leuniey Natasha, seorang pengurus butuk berusia 21 tahun yang kami gossipkan bercinta dengan Khairul Fahmi tempoh hari tampil membersihkan nama. Leuniey tampil bersama keluarganya membuat sidang akhbar mengesahkan bahawa dia bukan kekasih kepada Apex.

Malah pertunangannya dengan seorang anak usahawan Batik yang putus ditengah jalan juga tiada kaitan dengan gosip dia bercinta dengan penjaga gol skuad bola sepak negara itu. Dia juga mengakui bahawa dia tidak pernah mengenali Apex sepanjang hidupnya.