Seorang pengguna Weibo bernama Detektif Zhao telah memuat naik beberapa keping gambar Lin Dan berpegang tangan bersama kekasih gelapnya ketika isteri sedang sarat mengandung.
Lin Dan ketika menyedari penyebaran gambar itu kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka di Weibo tersebut dengan berkata
sebagai seorang lelaki, saya tidak mahu memberikan sebarang alasan tetapi tindakan saya sudah melukakan hati keluarga saya
Difahamkan video dan gambar viral itu telah direkodkan pada Oktober lalu dan kekasih gelap yang dimaksudkan itu ialah seorang model dan artis bernama Zhao Yaqi.