Perlumbaan kereta secara haram oleh beberapa ahli kelab kereta Familia Myvi Club di Lebuhraya DUKE menghala ke arah Damansara malam tadi telah menyebabkan sepasang suami isteri dan bayi meninggal dunia.

Kejadian berlaku apabila enam pemandu Perodua Myvi berlumba di atas jalan raya dan telah melanggar sebuah Pajero yang dinaiki mangsa menyebabkan kenderaan mereka terbalik dan penumpangnya tercampak ke luar kenderaan dan mati di tempat kejadian. Dua daripada kereta yang berlumba telah dikenal pasti manakala 4 lagi telah melarikan diri dari tempat kejadian.

Walaubagaimanapun, menurut presiden kelab kereta itu ahlinya tidak berlumba secara haram seperti yang telah diviralkan dan berharap perkara itu tidak disebarkan. Selepas melihat gambar-gambar ini, apakah komen anda?

Gambar penuh kemalangan selepas ini.