Ini berita terkini yang kami terima daripada rakan artis, pelakon veteran, M. Rajoli telah meninggal duni adi Hospital Ampang, Selangor kira-kira jam 10.45 malam di sisi isteri dan anak bongsunya. M. Rajoli meninggal pada usia 65 tahun dilaporkan berada dalam keadaan kritikal beberapa hari lalu kerana menghidap kanser di kalenjar otak atau dalam bahasa doktor disebut sebagai lymphoma.

Allahyarham dijangka akan dikebumikan sebelum solat Zuhur di tanah perkuburan Datuk Keramat, Kuala Lumpur.