Maimon Talib telah menderita akibat penyakit barah payudara tahap keempat dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.20 petang semalam.

Allahyarhamah berada dalam keadaan kritikal sewaktu dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Kehilangannya suatu yang cukup besar buat industri seni hiburan khususnya drama dan perfileman kerana beliau merupakan aktress serba boleh.

Marilah kita bersama-sama membacakan surah Al-Fatihah buat arwah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.