Sunday , June 4 2023

Majlis Pernikahan Aril AF7 dan Puteri Erma Adlinda (12 Gambar)

Aril Era FM telah sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Puteri Erma Adlinda seorang pramugari kira-kira jam 3.10 petang semalam.

Pihak pengantin lelaki telah memberi sembilan dulang hantaran beserta duit hantaran sejumlah RM15 ribu dan dibalas sembilan dulang hantaran oleh pihak pengantin perempuan.

Antara hantaran yang diterima berupa seutas jam tangan, sehelai baju T, selehai seluar jeans, slingbag, tali pinggang, minyak wangi, kasut, sejadah, dompet beserta senaskah Al-Quran.

Bagi pihak pengantin perempuan pula menerima seutas jam tangan, tas tangan wanita, minyak wangi, sireh junjung, kasut, kain, cincin, sejadah, senaskah Al-Quran beserta cek mas kahwin RM15 ribu.

Tahniah kepada Aril dan pasangannya, semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga akhir hayat.

Gambar penuh selepas ini.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …