Farawahida telah selamat bergelar isteri kepada Abdul Shukur bin Mohd Zain selepas di nikahi dengan sekali lafaz pada jam 10.30 pagi semalam. Pasangan ini dinikahkan oleh Naib Kadi Air Kuning, Taiping, Ustaz Imannuddin Zakaria.
Pihak pengantin perempuan menerima tujuh dulang hantaran beserta mas kahwin sebanyak RM1000 dan dua bentuk cincin. Manakala pihak pengantin lelaki menerima sembilan dulang. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini.