Majlis pernikahan Fouziah Gous dan pasangannya telah diadakan pada Sabtu, 21 September 2013 pada jam 9.30 malam. Dengan sekali lafaz, Fouziah kini isteri yang sah kepada Md Zhafran.
Majlis ini diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor. Fouziah menerima mas kahwin sebanyak RM1,112 manakala wang hantaran berjumlah RM30 ribu. Rombongan lelaki turut membawa 7 dulang dan dibalas 9 dulang oleh pihak perempuan. Gambar penuh selepas ini.
Sumber dipetik: Rotikaya