Tahniah kami ucapkan kepada artis veteran kite, Mak Nani @ Rosnani Jamil di atas penganugerahan Datuk. Walaupun sudah berusia 74 tahun, Mak Nani telah dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-80 Sultan Pahang. Mak Nani menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Rupanye tidak kite ketahui, Mak Nani telah mengarahkan 5 buah filem sepanjang kariernya sebagai Pengarah! Antaranya Mawar Merah (1987), Antara Dua Hati(1989), Memori (1992), Amelia (1996) dan Bicara Hati (2004)

Antara kata-katanya dipetik

Penganugerahan pingat ini Mak anggap sebagai hadiah kepada diri sendiri selepas 48 tahun bergelumang dalam dunia seni. Namun demikian, ia juga satu penghargaan tidak ternilai kepada keluarga seni terutama artis veteran.

Mak juga satu-satunya artis veteran yang bukan sahaja berlakon, tapi juga turut mengarah dan menerbit filem. Mak juga pernah melanjutkan pengajian dalam bidang pengarahan dan penulisan skrip di London Film School, London atas tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 1972 hingga 1974 semata-mata ingin mendalami ilmu perfileman.