
Gambar Hiasan
Dua hari lepas, kami ada mengeluarkan artikel di mana Chef Wan selaku Malaysia Food Ambassador berasa kecewa dengan sarapan yang disediakan oleh perkhidmatan penerbangan Malaysia Airlines.
BACA: Malaysia Airlines hidang Nasi Lemak Telanjang – Chef Wan
Berikutan dengan itu, Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines telah menjawab komen Chef Wan mengenai isu itu.
Kami menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami.
Tahniah buat Malaysia Airlines kerana akan mempertingkatkan mutu makanan dalam penerbangan mereka. Kami difahamkan oleh komentar di laman Facebook kami, menu tersebut sebenarnya bukan perkara baharu namun ia telah dihidang sejak bertahun lama-nya.
Mujur seorang yang berpengaruh telah mengutarakan isu ini kerana jika rungutan orang kebanyakkan seperti kami sudah pasti ia tidak akan dilayan oleh pihak pengurusan Malaysia Airlines.