Ehsan dari Bernama
SINGAPURA 13 Jan. – Mahkamah Singapura hari ini mengenakan denda S$1,000 (RM2,400) ke atas penyanyi rock Malaysia, Mamat kerana mencuri sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan.
Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamarudin, 31, adalah bekas penyanyi kumpulan rock Exist yang popular pada tahun 1990-an.
Laporan sebuah media online menyebut Mamat mengaku bersalah mencuri telefon bimbit bernilai S$580 dan sebuah jam daripada Noor Shazeel Sazali, 21, di rumahnya di Bishan di sini pada 11 November lepas.
Mahkamah diberitahu Noor Shazeel telah meletakkan telefon bimbit dan jam itu yang tidak diketahui nilainya di atas meja makan sebelum masuk untuk tidur petang, dan mendapati barangan tersebut hilang apabila dia bangun lima jam kemudian.
Menurut edisi online Straits Time, Noor Shazeel kemudian diberitahu bapanya bahawa Mamat telah pergi ke rumahnya bersama seorang saudara.
Mamat berjaya dikesan di rumah teman wanitanya di sini beberapa hari kemudian.
dh sengkek sgt la tu.smp mencuri../reban btl
hahah aku ade bace kes nih. yg terkantoi khabarnye bile si mamat nih bg hp tu ke awek dia, awek dia ni plak bg 'no baru dia' ke kawan yg kebetulan kenal tuan punye tepon ni, hihihi nk dijadikan cite, so for surelah dia kenal no. dia erk. apa daaa, ble plak lupe nk tuka simcard tuh heheheh… tu lah sapa suh curi kang kantoiiii!!!
mamat oh mamat, klu dah x mampu tuh, wak care x mampu, xyah aa nk pampered sesgt awek baru dia tuh. pandai plak dia wak rayuan, nk guna duit sbb ank dia (ngan bekas isteri dia) sakit etc…
dahlah perogol pencuri pulak tu..artis banduan