Aisey, sejak dua menjak ni penulis asyik cerita pasal Mawi je kan. Ape ke he ni jang? Baru-baru ni dari sumber yang tidak boleh dipercayai mengatakan bahawa sang Mawi ni terkena buatan orang. Mana taknye, katanya lagi, kadang-kadang Mawi duduk berseorangan tetapi seperti berbual dengan seseorang tapi bila lihat keliling, alamak takde orang la pulak. Eii scary siol.

So lepas terkena macam tu, bermacam-macam lah cara family Mawi ni pergi berubat dari cara moden hinggalah ke cara tradisional. Sumber tak boleh percaya kata lagi, kadang-kadang Mawi cakap seperti ada orang mengikutinya dan sentiasa mendampingi dengan dia. Eii benda alah apa yang suka ikut dan mendampingi dia tu?