Juara dan bekas pelajar Akademi Fantasia musim Ke 5, Mila Jirin dilaporkan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini apabila ada ura-ura akan bernikah dalam jangka masa terdekat. Dia bakal mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan hatinya, Isz Mustapha iaitu merupakan pengurusnya sendiri.

Dipetik Mila Jirin berkata

Memang kami merancang untuk berkahwin dalam tahun ini. Mungkin selepas raya. Nak cakap bila tu memang tidak dapat lagi. Saya dan bakal suami juga perlu menguruskan banyak perkara membabtikan selok belok agama seperti kursus kahwin dan menanti tarikh terbaik dari tok kadi

Apapun, dalam hal ini kami tidak mahu terburu-buru

Mila dilihat semakin rapat dengan Isz apabila kedua-dua hubungan cinta dengan bekas kekasih terputus ditengah jalan. Semoga perjalanan majlis mereka dipermudahkan dan kami mendoakan yang baik-baik untuk kebahagiaan mereka.