Penyanyi kumpulan One Nation Emcees, Mimi atau nama penuhnya Shamimi Amalia akan menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan seorang pensyarah UNITAR pada penghujung bulan ini.

Jejaka itu, Firdaus adalah merupakan kawan baik kepada Mimi dan mereka sudah mengenali satu sama lain sejak dibangku sekolah menengah lagi.

Dipetik Mimi berkata

 

Alhamdulilah dengan pernikahan ini, istimewa Fir di mata saya ialah dia seorang yang tegas dan amat mengenali diri saya secara luar dan dalam.

Fir antara penasihat yang boleh saya dengar dan turuti berbanding dengan rakan lelaki saya yang lain, dimata saya Fir seorang yang kacak.

Majlis pernikahan mereka akan diadakan secara ditutup dimana dihadiri oleh ahli keluarga terdekat tanpa pihak media. Majlis Resepsi mereka akan berlangsung pada 7 November di Dewan Sivik MBPJ, Selangor.