Sekalung tahniah kami ucapkan buat Misha Omar kerana telah disahkan mengandung anak pertama. Misha Omar telah berumahtangga hampir dua tahun.
Dipetik Misha Omar berkata
Saya tahu ramai yang mendoakan saya segera menimang cahaya mata namun saya tidak pernah memberikan tekanan kepada diri. Saya dan suami hanya berusaha, selebihnya kami serahkan kepada Allah
Sebagai wanita, disahkan hamil adalah antara detik yang paling dinanti kerana ia menjadi permulaan yang melengkapi lagi hidup ini. Saya terharu kerana permulaan tahun 2016 membawa pelbagai kenangan manis dalam hidup ini
Secara jujur, tidak banyak yang dapat dikongsi kerana semuanya masih terlalu baharu. Alhamdulillah pada permulaan ini, saya tidak berdepan dengan alahan teruk malah setiap urusan kerja berjalan lancar