Pada 31 Januari lepas, melalui program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013, Nabil dikecam kerana dikatakan mengaibkan salah seorang juri tetap rancangan itu, Luna Maya dengan menyentuh kisah silamnya. Jika anda masih belum melihat video penuh Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu ke 12, sila

BACA: Video Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 12 Dua Belas

Pada awalnya, Nabil tampil dan menyatakan pendiriannya untuk tidak memohon maaf dan berkata masyarakat perlu bersikap lebih terbuka kerana dia tidak berlawak semata untuk mengaibkan Luna Maya.

Namun baru-baru ini melalui rancangan Astro MeleTOP, Nabil akhirnya memohon maaf kepada Luna Maya dan peminatnya yang berasa tersinggung dengan lawak agresif yang dibawanya tempoh hari. Baguslah Nabil mohon maaf segera, jika tidak mungkin ia akan menjejaskan undi sms-nya pada Final MLM 2013. Saksikan video permohonan maaf Nabil di MeleTOP selepas ini.