Kami merakamkan ucapan tahniah buat pasangan Nas T dan Atita Haris kerana telah menimang cahayamata kedua. Nas T berkongsi detik manis itu dengan memuat naik gambar anak perempuannya yang dinamakan sebagai Nas Taliyah di Instagramnya.

Sempena Maulidur Rasul, bayi itu dilahirkan sihat seberat 3.2 kilogram sekitar jam 12.08 tengahari semalam.