Nazim Othman dengan berat hati melalui Instagram miliknya mengesahkan bahawa tidak mampu lagi menyimpan rahsia menerangkan bahawa dia dan Bella Dally kini sudah bercerai. Dia berterima kasih atas doa yang diberikan oleh keluarga dan rakan.
Dipetik Nazim berkata
Saya dengan berat hati dan dukacita ingin memaklumkan bahawa, di atas persetujuan bersama perkahwinan saya dan Bella sudah berakhir.
Saya dan Bella ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih atas doa-doa yang baik untuk kami selama ini.
Sesungguhnya segala keindahan itu datang dari Allah dan semua kekurangan hadir atas kekhilafan kami sebagai manusia biasa. Allah maha mengetahui atas segala sesuatu, maha pengampun lagi maha penyayang
Terdapat satu sumber mengesahkan pasangan ini telah bercerai pada awal bulan ini di Kota Kinabalu, Sabah. Mereka telah berkahwin pada September 2016 dan sehingga kini belum dikurniakan cahaya mata.