Nazim Othman melalui akaun Instagramnya telah mengesahkan tarikh pernikahan sekaligus menjawab teka-teki mengenai tarikh perkahwinannya selama ini.
Nazim bakal berkahwin dengan gadis pilihan hatinya, Bella Dally pada 10 September 2016 ini di Kota Kinabalu, Sabah manakala majlis resepsi di pihaknya pula akan diadakan pada 17 September 2016 di Johor Bahru.
Menurut kata Nazim
Majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada tanggal 17 September 2016 di Johor Bahru. Maafkan saya tidak memberi pengesahan sebelum ini kerana terdapat beberapa proses persiapan yang masih belum terlaksana di waktu itu. Terima kasih atas segala doa yang baik. Semoga Allah permudahkan jalan kami sebagai pasangan suami isteri kelak.
Tahniah diucapkan kepada bakal pengantin ini dan kami doakan agar segalanya berjalan lancar dan hubungan pasangan ini kekal bahagia.