Baru-baru ini Neelofa telah memperagakan fesyen terbarunya dengan menyarung persalinan bersaiz besar beserta beg pinggang dan turban di satu acara. Namun dia dikecam beserta komen-komen negatif daripada netizen. Seperti sudah lali dengan tindakan netizen, beliau berkata
Terus terang saya katakan, saya suka persalinan itu. Pernahkah saya peduli dengan apa orang cakap? Kritikan mereka tidak sedikitpun menjejaskan saya. Ini bukan kali pertama saya dikutuk, malah sudah lali.
Saya bangga memperagakan persalinan itu dan rasa lucu apabila ada yang bercakap, saya menjadi mangsa fesyen.
Bagi Neelofa, dia tidak berasa pelik dengan fesyen seperti ini kerana ia sudah menjadi trending bagi musim 2018 di sekitar Eropah.
Tahun ini, aliran fesyen lebih tertumpu kepada konsep ‘cover up’. Kalau kita lihat, perkembangan fesyen di Eropah sudah ke arah itu. Jadi, apabila saya diberi peluang untuk menggayakan persalinan itu, semestinya saya suka.
Orang tidak faham dan mereka hanya tahu mengkritik dan mengecam. Sebagai seorang yang sentiasa didedahkan dengan fesyen yang menutup ini, patut berasa bangga. Saya tidak salahkan mereka, cuma mungkin mereka kurang arif kerana fesyen itu sangat subjektif.