Pasti ramai yang semakin tidak senang duduk dan bosan duduk di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Namun ianya tidak bagi pasangan Nellydia Senrose dan suami, Mohd Hafez Halimi. Tempoh PKP ini adalah seperti “honeymoon” buat mereka berdua.

Rasa seperti baru sahaja kami diijabkabulkan. Dalam tempoh setahun ini menjadi ruang kepada kami memperbaiki kelemahan diri sebagai suami isteri. Kami lebih mengenal tanggungjawab. Setiap momen bersama diabadikan dengan satu rasa yang tak terungkap.

Saya dan suami sempat berbulan madu ke beberapa negara, ia menjadi kenangan terindah. Saya mengharapkan kebahagiaan kekal dan terus erat.

Nellydia dan suami yang sudah berkahwin setahun yang lalu tidak berasa tertekan ketika ditanya mengenai soal timang cahayamata.

Saya berserah pada kurniaan Allah SWT. Saya dan suami tidak pernah tertekan, tetapi kami terus berusaha.