Gosip menarik hari ini apabila Nora Danish dikatakan bercerita dengan teman media bahawa dia akan pergi bercuti dengan Jejai, anak dan keluarga mentuanya. Malah dia juga bercerita mengenai destinasi dan aktiviti yang bakal dilakukan nanti.

Tak pasti apa motif berkelakuan begini, kami anggap ia proses mencemburukan Fasha Sanda.

Namun begitu, Jejai difahamkan tidak akan mengikuti percutian berkenaan meskipun anak dan keluarganya turut sama kerana terikat dengan urusan perniagaan. Apabila mendengar berita ini, Nora Danish dikatakan merajuk dengan keluarga mentuanya kerana membiarkan Jejai tidak menghadiri percutian keluarga ini dan dikatakan dia sanggup mengugut Jejai jika bekas suaminya itu tidak pergi, dia dan anak mereka juga tidak mahu meneruskan rancangan itu.