Sudahkah uols bersedia untuk menerima satu lagi fesyen bertudung artis selepas Aida Khalida dan Irma Hasmie?! Nora Danish difahamkan akan berhenti seksi selepas menunai fardhu umrah kelak. Tidak dipastikan sama ada dia ingin bertudung ataupun hanya tak mahu seksi lagi, yang pasti selepas ini tiada lagi jejaka diluar sana berdarah hidung jika gambar Nora Danish terpampang di majalah.