Sesuatu yang menggembirakan buat pasangan suami isteri apabila diberitahu bakal menerima ‘orang baru’ dalam keluarga. Apatah lagi, sekiranya ‘orang baru’ itu adalah anak sulung yang akan dilahirkan. Sudah tentu pelbagai persiapan dilakukan kerana gembira menanti saat kelahirannya itu.
Selepas dihambat kontroversi pelbagai bermula sebelum kahwin hinggalah pasangan ini membina mahligai mereka pada 25 Julai lalu. kini Johan
Raja Lawak semakin bahagia tu selepas isterinya yang juga dramatis Rozlinawati Ismail atau Ozlyn Wati disahkan mengandung dua bulan.
“Selepas mengetahui isteri mengandung, hati ini berkobar-kobar bekerja keras. Sekarang ini, saya mencari peluang yang ada untuk tambah pendapatan. Apabila bilangan keluarga bertambah, belanja pun makin meningkat. Jadi, kenalah ada persediaan ke arah itu,” kata Johan.
“Alhamdulillah, saya tidak pernah mengidam makanan pelik-pelik. Cuma, suami saya yang sebelum ini kurang gemar makanan manis, kini menjadi
kesukaannya pula. Dia secara tiba-tiba bangun tengah malam hendak makan aiskrim hinggakan terfikir sama ada saya yang mengandung atau dia,” jelas Ozlyn.
btl ke dlm murai ckp pasangan artis yg dh ade anak luar nikah..deme ni ke? huhu
aku ade dgr gak gossip ni.. betul la kot.. haha
tp kate pompan n laki tu popular,.deme ni bkn popular mane pn..hahaha..serabai je johan ni..haha
Wah.
Tahniah lah ekh ngandung.
Hebat!
semoga mendapat anak yang sihat dan cerdik segala
Amin!
alhamdulillah…. Tahniah!! Seronok org, bebaru kawen je dah berjaya mempregnantkan diri…