Pada Julai 2013, pasangan Alvin Tan dan Vivian telah mengundang kontroversi apabila memuat naik sekeping gambar menghina orang Islam dengan mengajak orang Islam Malaysia berbuka puasa dengan daging khinzir.
BACA: Pasangan lucah Alvin & Vivian ajak orang Islam buka puasa daging haram
Selang seminggu mereka telah pun membuat permohona maaf secara terbuka walaupun ia seperti membaca karangan. Namun itu bukan yang ingin kami ceritakan.
Dengar khabarnya, Alvin Tan (kini telah berpisah dengan kekasihnya, Vivian) telah melarikan diri ke Amerika Syarikat sekaligus melarikan diri dari hukuman di bawah akta hasutan.
Pada masa yang sama, dia telah menimbulkan kontroversi lagi apabila memuat naik status yang menghina Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib dan beberapa menteri. Ikuti teks yang dimuatnaiknya tempoh hari di bawah.