Marilah bersama-sama kita sedekahkan surah Al-Fatihah buat penerbit filem terkenal, Julie Dahlan selepas disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang pada jam 7.30 malam semalam.
Arwah telah meninggal dunia pada usianya 62 tahun akibat menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang.
Arwah telah mendapatkan rawatan di Pusat Dialisis Prince Court sejak April 2013.