Semalam telah berlangsungnya Majlis Anugerah Planet Muzik 2013 di Singapura. Di kemeriahan majlis tersebut. Telah timbul gosip di mana pengacara daripada Indonesia, Sarah Sechan dikatakan telah terasa dengan lawak yang dibawa oleh Datuk AC Mizal ketika mereka berdua digandingkan bersama di atas pentas.

Melalui tweet Sarah, dia telah menulis

untuk yang hobi bercanda, please stop pakai kata-kata “cacat lo”, “dasar autis”, “stress lo”. Kenapa? coba pikir sendiri kenapa.

Menurut beberapa pengkaji tersohor dari forum Cari, kata-kata Sarah di twitter itu jelas ditujukan buat Datuk AC Mizal yang dikatakan berlawak di atas pentas tanpa berfikir kerana ayat-ayat itu telah membuatkan pengacara itu tersinggung. Kita nantikan jawapan daripada kedua-dua pihak dalam tempoh yang terdekat. Tweet milik Sarah yang dimuat naik dipaparkan selepas ini.