Heboh di blog-blog hiburan mengenai pengakuan Fasha ini. Penulis juga tidak ketinggalan untuk meletakkan pengakuan serta luahan hati Fasha Sanda di Myspacenya mengenai pelbagai gossip yang melanda. Sila ikuti luahannya ini.
Salam Ramadhan buat semua sahabat yang saya sayangi di Myspace. Terima kasih kerana masih sayangkan saya, masih ambil tahu tentang perkembangan saya, masih menghantar comments dan masih bertanya khabar mengenai saya sehingga ke hari ini. Maafkan saya, tak dapat balas semua. Insyaallah jika ada kelapangan saya akan balas dan approve semua friend request. Insyaallah esok jika ada kelapangan saya akan upload gambar-gambar terbarunya…
Saya sudah selesai shooting filem 4 Madu arahan profrazak, drama LAKAR arahan Aziz M Osman dan drama Madu Di Tasik Hempedu arahan Murali. Drama bersiri ‘cuci2 the series’ aka nditayangkan di RTM tak lama lagi. Jangan lupa tengok ya dear!!
Perkembangan terbaru, saya baru selesai pengambaran iklan Habib Jewel. 25hb august saya akan mula shooting drama terbaru saya untuk TV3 yang bertajuk Akulah Perempuan Itu arahan Fairuz Loy. Akhir September nanti saya akan memulakan pengambaran filem terbaru saya yang bertajuk ‘Langkawi Kamikaze’. Alhamdulillah, masih ada rezeki dalam bidang ni walau macam2 cerita tak enak tentang diri saya diperkatakan banyak pihak baru2 ni.
Saya dapat macam2 pertanyaan dari anda semua tentang hubungan saya dengan Rizal Ashram (Jejai) dan juga tentang perkahwinan saya dan ekuin Negaraqabil. Jadi,dengan kesempatan yang ada di buletin ni, biar saya jelaska nkepada semua sahabat yang betul mengambil berat tentang diri saya. Terima kasih kerana bertanya pada saya, ini menunjukkan anda semua masih sayang dan ingin mengambil tahu tentang diri saya. Love u all myfriends!!
Jejai
Saya amat terkejut dengan penyebaran gambar2 saya bersama Jejai di internet kebelakangan ini… saya tidak tahu apa motif penyebaran gambar saya dengan dia. Ya, Memang saya pernah berkawan rapat dengan rizal ashram (Jejai). Saya mengenali Jejai sejak tahun 2005 sebelum dia berkahwin dengan Nora Danish. Harus saya jelaskan di sini, memang saya tidak pernah bercinta dengan Jejai ketika dia masih suami Nora Danish.
Saya dan Jejai menjadi rapat sejak januari tahun ini iaitu 6 bulan setelah Nora Danish bercerai. Dia adalah teman rapat saya pada ketika itu. Kami selalu berjumpa dan dia adalah lelaki yang istimewa utk saya pada ketika itu.
Memang betul, Jejai pernah melamar saya. Dia melamar saya pada tanggal 3 january awal tahun 2009. Saya beritahu mama dan keluarga tentang perkara ni tapi mereka menentang. Saya yakin keluarga Jejai juga tentu tidak suka dengan hubungan ini kerana Jejai sudah punyai seorang anak hasil perkahwinan dengan Nora. Tetapi itu semua kisah lama, kami sudah tidak rapat seperti dulu lagi kerana mama saya menghalang saya terlalu rapat dengan Jejai di atas macam2 sebab. Saya menghormati permintaan ibu saya kerana saya terlalu sayangkan mama saya. Mama adalah nyawa saya. Saya sanggup mati demi mama.
Saya faham, sebagai seorang ibu, mama mahukan yang terbaik untuk masa depan saya. Mama sedih setiap kali orang berkata yang tidak baik tentang diri saya. Orang menuduh saya punca penceraian Nora dan Jejai sedangkan orang tidak tahu cerita yang sebenar.. Walaupun hubungan kami dihalang, Saya dan Jejai terusberhubung sehinggalah pada tanggal 11 feb, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu meneruskan apa2 hubungan dengan Jejai lagi kerana terlalu tertekan. Saya terlalu tertekan kerana saya dipersalahkan sedangkan orang tidak tahu perkara sebenar. Kami tidak berhubung selamahampir sebulan sehinggalah pada 7 march, Jejai menghubungi saya danmerayu2 supaya memaafkannya. Ketika itu saya berada di Pasi Gudang, Johor.. Jejai terus menghantar sms dan menghubungi saya setiap hari selepas itu walaupun saya tidak peduli dengan rayuannya. Pernah juga Jejai menunggu di hadapan rumah saya selama 4 jam untuk bercakap dengan saya. Jejai tetap mahu saya berkawan dengannya walaupun tidak jadi seperti dulu. Saya setuju setelah berminggu-minggu dia memujuk saya.
Walaupun sudah tidak ada sebarang hubungan istimewa, saya dan Jejai masih berkawan selepas itu. Di mata saya pada ketika itu, dia seorang lelaki yang baik selalu mengambil berat tentang diri saya dan keluarga dan saya tahu dia perlukan saya dalam hidupnya sebagai seorang kawan. Walaupun ramai org berprasangka yang tidak elok ttg dirinya .,saya tetap berkawan dengan Jejai ketika itu. Pernah juga kami mencuba utk kembali bersama selama beberapa kali tetapi gagal. saya rasa masyarakat tidak harus menunding jari pada sesiapa tentang penceraian Jejai dan isterinya. Hanya mereka berdua yang tahu apa yang tidak kena pada rumahtangga mereka. Lagipun soal jodoh, di tangan tuhan.
Tidak dinafikan, saya menjadi mangsa tuduhan,.sering dihina dan sering difitnah. Macam2 fitnah orang lemparkan pada saya tapi saya bersyukur pada yang maha Esa kerana keluarga, teman2 rapat saya masih mempercayai saya kerana mereka tahu perkara sebenar yang berlaku antara saya dan Jejai. Mereka adalah saksi saya.
Kesimpulan tentang hubungan saya dan Jejai, kami pernah menjalinkan hubungan istimewa sebelum ini, tetapi kami hanya berkawan selepas itu sehingga tarikh 18 August 2009. Sekarang tidak berhubung lagi. End.
QABIL AMBAK
Saya mengenali Qabil Ambak pada August 2008 di Polo Gala dinner. Saya diperkenalkan oleh rakan saya yang bernama Faris. Faris yang menjemput saya ke majlis polo tersebut. Ketika pertama kali pertemuan kami, Jejai turut berada di sana. Saya ke majlis tersebut bersama kakak angkat saya iaitu Maria Farida. Selepas majlis tersebut, kami menjadi kawan dan berhubung melalui SMS. Dia sering bertanya khabar dan begitu juga saya.Saya pernah pergi ke rumah Qabil dan pernah berjumpa famili Qabil di open house pada hari raya ke-3 tahun lepas. Kami menjadi kawan baik dan lebih rapat selepas Qabil datang membantu saya di SJMC dan Damansara specialist pada 12 Feb 2009. Saya terpaksa ditahan selama 2 hari di hospital kerana mengambil pil tidur berlebihan. Saya mengalami insomnia pada ketika itu kerana tekanan perasaan yang saya hadapi menyebabkan saya sukar untuk tidur. Qabil adalah sahabat yang paling rapat dengan saya pada waktu itu sehingga ke hari ini. Kami pernah membincangkan bermacam2 topik tentang kehidupan. Dia seorang yang positif dan mengajar saya untuk menjadi seorang yang positif. Kami berhubung setiap hari sekarang walaupun jarang berjumpa. Dia juga baik dengan keluarga saya. Dia adalah lelaki yang rajin bekerja dan seorang pendengar yang baik. Dia juga sering memberi nasihat pada saya supaya menjadi seorang yang lebih baik. Semoga persahabatan kami berkekalan.
KAHWIN
Ini adalah pengakuan saya yang iklas. Sepanjang hidup saya, sudah 4 kali saya dilamar untuk dijadikan isteri dan sudah 4 kali saya menerima cincin..Lamaran pertama adalah pada tahun 2007 oleh Ally Iskandar. Saya menolak secara baik walaupun mama dan keluarga sukakan Ally. Saya menolak kerana kerana saya hanya menganggap dia sebagaiseorang abang. Dia terlalu baik untuk saya.
Lamaran ke-2 adalah daripada seorang VVIP yg sangat dikenali dari Brunei pada pertengahan 2007. Saya menolak kerana saya langsung tidak mengenali vvip tersebut.Dia seorang peminat (tak mungkin saya ingin berkahwin dengan orang yang saya langsung tidak kenal).
Lamaran ke-3 adalah daripada Jejai pada Januari 2009. Saya mengambil masa yang panjang untuk berfikirtentang perkara tersebut kerana terlalu banyak masalah yang akan saya hadapi sekiranya saya berkahwin dengan Jejai.
Lamaran yang ke 4 pada pertengahan Mac. Siapa lelaki itu? Siapa lelaki yang akan menjadi suami saya? Insyaallah, saya akan umumkan pada hujung tahun ni. Saya cuma minta agar jangan diberikan sedikit masa di atas sebab2 tertentu. Saya hanya menunggu masa yang sesuai. Doakan agar tidak ada aral yang akan menganggu hubungan kami. Bukan saya tidak mahu berterus terang sekarang,.. saya khuatir jika saya beritahu sekarang, perkara lain pula akan jadi. Lebih elok saya umumkan apabila masa yang sebena rsudah hampir tiba. Apapun, Kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan.
CINTA
Cinta saya adalah pada kerjaya saya, keluarga saya iaitu Mama, Daddy, Farra Sandha, Fasyina Sandha, Daniel, Elisya Sandha, Mahsuri, Dani Raiyan, Amirul, pengurus saya, Nik yasmin dan P.A saya iaitu Jane Thomas.Sahaba tkarib saya sejak dibangku sekolah lagi iaitu nana, kakak angkat saya, Maria Farida, adik angkat saya iaitu Natasha dan Jimbit, juga kawan baik saya Saerah Dan Hafiz.
Tak lupa, Cinta saya pada Teman2 saya di myspace yang selalu bagi semangat pada saya. Semoga ketemu lagi. Salam ramadhan. Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati saya.
Terima kasih juga pada bloggers yang tidak jemu-jemu menghentam saya. Menabur fitnah. Memburukkan saya. Selagi anda masih menulis tentang saya (samada baik atau buruk), ianya membuktikan anda masih ingin ambil tahu tentang saya. Walaupun apa yang anda tulis adakalanya membuat saya menangis, saya tetap hargai.
Thanks again,
Nur Fasha Sandha
http://www.myspace.com/angel_fasha
fasha…
besabar ya…
zack
Adoi berpanjangan sudah.
tapi macam tak caya si Ally tu kan.
tu lah bila orang tanya kawan.
kan dah kantoi!!
Tak pe lah
semoga Fasha Sandha tabah ok.
kekdg ter'respek' gak aku ngan Ally… gentleman aaa lebey kurang, terus meminang, xde aaa smpi kehulur ke hilir kapel, wak statement lam paper over2… tp cian aa plak, klu aku jadi Fasha, aku diam je.. wakpe aa bgtau hal2 lama…
Kesian Fasha Sandha
Tabahkan hati mu
kan bagus berterus terang mcm tu fasha,jujur yang penting
btol3x
kekdg elok gak dia personally tulis lam myspace dia tu… Bkn nk kutuk wartawan hiburan kite… tp wartawan2 seme tu manusia biasa yg mempunyai perspective yg berbeza. Mana le tahu kot2 time temuramah tu ble tersilap paham, si Artia tu nk ckp lain tp wartawan tu paham lain… so klu dah empunye diri sendri yg tulis (otherwise ade org dah 'hijack' myspace dia, no komen aaa) so itu adalah tanggungjwb dia aaa. kang slalu sgt kite dgr sama menyaman gara2 silap faham antara artis ngan wartawan…
yoyooooo jer fasha sandha ni.. Ayat jer lebih.. perangai dah memag buruk.. Fasha mmg pelakon handalan.. lepas ni leh ler tulis skrip plak… POYO…..
kadang-kadang manusia nie susah nk nilai…nama pun pelakon kan,semua watak senang je nak bawa
yoyo oooo je fasha..itu sume lakonan semata-mata…nk tarik simpati..
haah x sangka ally 2 kan….
buto!
ko dah rampas suami org!
fuck lah..!
buat stment sendiri untuk popular balik!
g mampus hanjing!
dari muke ko dah tahu ko memang jalang!
jgn terlalu emosional!!!
itu dah lumrah manusia. jgn salahkan pada satu pihak. Cinta yang tulus tu datang dari hati yang sejati. Kalau dah tak ada response buat apa nak layan….
Lu fikirlah….
to fasha, sabar je ler. Kita hanya manusia biasa hatta seorang artis. kita punya hati, perasaan yang mahu di belai, di cintai… apatah lagi mencintai…. saya percaya semua org pasti begitu. tahu tak cinta itu tidak mengenal siapa? cuma kesedaran kita sebagai penghalang!
walau apa pun, you kena tabah mengharungi segalanya. Berdirilah pada kebenaran. Berpijaklah pada kenyataan….
biasa la fasha… manusia ni xleh tgok org senang..ada je yg nk dburukkan..moga kamu bahagia walau apa pn org nk kata..
ada aku kesah?whatever huhu!
FASHA, BERTOBAT LA DARI MENIPU DAN MEREKA CERITA UNTOK COVER LINE……..I KNOW YOUR LATEST SCANDAL….WHO YOU ARE WITH…..JUST STOP MAKING STUPID STATEMENT.
kesian aku tgk pak piee..mcm semput je kena peluk dgn si pasha ni
cam nie ke ksah dia… sian fasha.. tp mmg ramai yg salah gune aset cantik niee… bek tgk nicole queen. gadis dari us. tgk cite dia kt you tube plak…. hope bleh dpt iktibar