rem-dirompakLama juga tidak dengar berita terkini mengenai penyanyi Rem. Tiba-tiba masuk akhbar bahawa dia pula telah di’rompak. Agaknya tengah musim artis Malaysia di’rompak, selepas Enot (— lupa pulak nama betul) dan Lan Pet Pet kini gilirannya pula.

Rem yang telah di’rompak oleh tiga (3) orang penyamun kehilangan dua (2) komputer riba miliknya. Kejadian rompakan itu berlaku di sebuah restoran makanan segera (— McDonald sahaja buka 24 jam, bukan?) di Ampang pada jam 5 pagi semalam.

Jadi hati-hati apabila pergi ke restoran makanan segera apabila sudah lewat pagi, kerana penyangak memang gemar waktu-waktu begini.