Elfira Loy telah memuat naik gambar terkini dimana dia sudah berjaya memiliki Mercedes-Benz A-Class A200. Menurutnya, sebelum ini dia sudah lama memiliki lesen namun belum yakin untuk memilik dan memandu kenderaan bersendirian. Kebetulan hasil niaga pada bulan Ramadan yang lepas yang memberangsangkan telah membuatkannya untuk membeli kereta idamannya itu.

Dipetik Elfira berkata

 

Saya sudah lama memiliki lesen, cuma tidak mempunyai keyakinan untuk memandu bersendirian. Kebetulan, hasil jualan menerusi jenama Elfira Loy sepanjang Ramadan lalu begitu memberangsangkan

Jadi, ibu yang menjaga akaun perniagaan membantu menguruskan pembelian kereta idaman itu. Saya terkejut ketika mahu keluar bekerja, kenderaan itu sudah ada di depan rumah