Agak heboh juga selepas sembilan (9) pegawai penguatkuasa membuat serbuan ke banglo milik Datuk Ramli MS beberapa hari lepas.

BACA: Banglo Datuk Ramli MS diserbu, Alyah ada bersama, sah berkahwin

Ramli MS sudah menjelaskan bahawa perkahwinan mereka sah namun belum didaftarkan di negara ini dan mempertikaikan media sengaja memperbesar-besarkan cerita ini.

BACA: Datuk Ramli MS bengang serbuan JAIS dihangatkan media

Menurut Ramli lagi, penikahan mereka yang berlangsung tahun lalu telah mendapat restu dan dalam pengetahuan seluruh keluarga Alyah. Dia tidak berhasrat untuk berbohong atau menafikan perkahwinan apabila ditanya kerana pendiriannya untuk tidak membuka cerita mengenai isu peribadi.

Ramli berkata lagi, dia tidak rasa tertekan atau reputasinya tercalar akibat daripada serbuan itu kerana dia tidak bersalah. Namun, dia berasa kasihan dengan orang yang membuat aduan kepada JAIS barangkali beranggap mereka tidak memiliki sijil perkahwinan yang sah.

Apa lah Ramli jawab macam itu, kami menganggap pengadu telah melaksanakan tanggungjawab dia sebagai seorang Islam kerana mengambil berat isu bersedudukan ini. Iya lah, agaknya Ramli pun tak beritahu jiran-jiran kot dia dah kahwin, kot?