Selepas mengemparkan dunia hiburan dengan kisah percintaan singkat mereka, timbul pula tidak restu oleh ibu Johan, dan yang terbaru Lana Nordin dituduh memikat Johan As’ari menggunakan ilmu hitam.

Lana meluahkan rasa sedihnya apabila dituduh menggunakan ilmu hitam bagi memikat Johan As’ari dalam tempoh tiga hari. Dia yang terkejut dengan tuduhan itu menafikan bahawa dirinya bukan seorang pengamal ilmu hitam malah menyifatkan lamaran Johan sebagai jodoh.

Disebelah pihak Johan pula, dia yakin Lana merupakan jodohnya apabila doa dijodohkan seorang isteri ketika mengerjakan umrah April lalu hampir termakbul. Dia yakin perubahan Lana ke arah seorang Islam yang baik pasti akan membuatkan ibunya menerima bakal isternya itu. Fuh macam drama la der.