Sunday , September 25 2022

PU Azman Juara Pencetus Ummah Musim Ke-2 (10 Gambar)

Tahniah diucapkan kepada PU Azman setelah muncul juara dalam program popular “Pencetus Ummah 2” yang telah berlangsung di Dewan Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

PU Azman telah membawa tajuk “Takdo Alasan Tinggal Solat!” bagi tugasan bebas dan dua lagi tugasan pilihan penonton & Murabbi iaitu “Isu Islamfobia” dan “Hati Mati Jasad Layu” sekaligus membawanya menjadi juara.

Dia telah menewaskan tiga finalis lain dan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta hadiah iringan lain. Tempat kedua dimenangi oleh PU Faiz dengan membawa pulang RM50 ribu sementara tempat ke-3 dan ke-4 masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM10 ribu.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …