1-Hafiz-Bakal-Suami-Fara-Fauzana-MEDIAMALAYA

Sejak Fara Fauzana membuat sidang akhbar mengenai pembatalan majlis perkahwinannya tempoh hari, pelbagai gosip melanda dan antara yang paling menarik dan mungkin satu fakta ialah dikata Mohamed Hafiz itu merupakan suami orang.

Laporan akhbar Harian Metro pada hari ini mengesahkan bahawa punca sebenar pembatalan itu tidak lain tidak bukan kerana Hafiz sebenarnya sudah pun berkahwin dan merupakan suami orang.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Hafiz sebenarnya sudahpun berkahwin dan hal itu sengaja dirahsiakan untuk pengetahuan Fara sehingga tarikh perkahwinan mereka semakin dekat. Namun apabila tembelang sudah pecah, Fara tidak sanggup dimadukan telah membuat sidang akhbar bagi mengumumkan pembatalan majlis perkahwinan mereka.