Melalui laporan akhbar di mStar Online semalam, bekas kekasih Puteri Sarah Liyana telah mendedahkan bahawa dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan pengarah filem popular iaitu Syamsul Yusof.

Kenyataannya dipetik, berkata, Ammar (bekas teman lelaki Puteri Sarah) berasa pelik kenapa bekas teman wanitanya itu merahsiakan hubungan percintaan dengan Syamsul sedangkan hubungan mereka sudah terjalin sejak Oktober 2012 malah meminta media bertanyakan Datuk Yusof Haslam berkenaan percintaan anaknya itu.

Bagi pihak Puteri Liyana pula, dia berkata hubungannya dengan Ammar yang terjalin hampir lima tahun itu merupakan suatu pembaziran dan dia tidak menyesal dengan perpisahan itu.

Ammar menjelaskan lagi, sebagai wanita yang sudah berubah menjadi Islam yang lebih baik, rasanya tidak elok bekas teman wanitanya itu memburukkan sesiapa termasuk dirinya.

Sumber dipetik: mStar Online