Pada bulan Ramadan, pastinya ramai berpusu-pusu untuk berniaga pelbagai produk dan jualan bagi menyambut bulan Syawal. Perkara ini tidak terlepas juga buat selebriti di Malaysia.
Antara yang menarik perhatian sudah pasti Aaron Aziz, Yusuf Iskandar, Neelofa dan lain-lain selebriti. Tidak ketinggalan juga, pelakon Que Haidar telah mengeluarkan baju Melayu berjenama sendiri sejak 7 tahun lalu.
Namun terdapat netizen telah mengecam baju Melayu itu yang dikatakan dijual pada harga yang tidak berpatutan dan sangat mahal dan mempertikaikan kualitinya.
Malah ada netizen dengan sinis memerli Que Haidar sudah tiada job lakonan kerana dikongkong isteri membuatkannya menjual baju Melayu berjenama sendiri dengan harga yang tinggi.
Isu ini telah mendapat perhatian Que Haidar sendiri dan dia telah menjawab mengenai perkara itu.
Apa pendapat anda pula? Ukur baju dibadan sendiri atau jual baju berjenama sendiri dengan harga mahal tetapi kualiti tahi?