Hai-lah, apa dah jadi? Hari ni dalam Bintang Popular wartawan hiburan ada menemuramah artis-artis pelawak yang juga rakan sesama artis kepada Nabil. Walaupun majoroti menyokong supaya Nabil membuat laporan polis, namun pada kenyataan masing-masing seolah-olah mereka sendiri tidak percaya akan kata-kata Nabil bahawa gambar tersebut adalah super-impose. Haha!

A.R Badul Sebagai orang lama, saya menasihatkan Nabil supaya fikir masak-masak sebelum dia membuat laporan polis. Janganlah kita menidakkan perkara yang kita buat. Kalau lu clean, lu report polis….
Along Cham Sekalipun ramai yang tidak percaya gambar itu superimpose, kita perlu menghormati pengakuan Nabil, hanya dia yang tahu kebenarannya.
Tauke Raja Lawak Seandainya gambar cium mulut itu benar membabitkan Nabil bersama kekasihnya, Qasha, saya menasihatkan dia supaya bertaubat.
Angah Raja Lawak Saya juga mengharapkan Nabil supaya sentiasa berwaspada dalam setiap tingkah lakunya kerana dirinya sudah bertaraf bintang. Setiap kelakuan dan kata-kata beliau pasti menjadi ikutan ramai.
Acong SweetChild Kali pertama saya melihat gambar cium mulut itu saya terperanjat kerana bagi saya, ia bukan super-impose, sebaliknya gambar tulen! Namun, yang tahu kesahihannya hanya Nabil dan pasangannya.
Teks dicedok dari blog Kopi Milo