Redzwani, tunang kepada Shah Jaszle, pelakon yang ditangkap berkhalwat di Apartment Taman Sri Subang pada hari Khamis lepas telah mengesahkan bahawa dia bukanlah wanita yang ditangkap berkhalwat bersama.

Menurut tunang Shah itu, dia terkejut apabila diberitahu wartawan bahawa Shah Jaszle telah ditangkap berkhalwat. Wani walaubagaimanapun masih tenang dengan berita mengejutkan itu dan masih menunggu penjelasan daripada tunangnya.

Shah Jaszle dan Redzwani telah bertunang pada 8 Disember 2012. Redzwani merupakan seorang doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.