Kalau diikutkan review kami yang kasar, pasti ramai yang akan merase kurang selesa dengan pendapat kami. Maka paling sesuai title untuk review filem ini ialah filem ini tidak perlu keluar wayang tetapi keluar saje di kaca tv. Tindakan FINAS memang terbaek, usah kayakan Professor Madya lagi dengan filem sampah seperti ini jika ia ditayangkan serentak dengan Hantu Bonceng.

Kami benci di tipu dengan gazette yang seolah-olah menunjukkan filem ini kelakar ya amat kerana sesungguhnya filem ini tidak kelakar langsung. Kami adalah orang yang serius, hatta kami memerlukan lawak yang spontan dan bukan lawak yang dah basi yang hanya sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Malah jika uols putus cinta dan menonton filem ini untuk menghiburkan hati, filem ini bukan cadangannya kerana kami risaukan uols akan terus membunuh diri.

Kami ke panggung juga kerana ingin melihat Johan, true blood Zizan untuk menghasilkan lawak spontan yang manikam kalbuku. Namun amat mengecewakan. Hanya babak Johan bertutur stail Ah Chai mampu buat kami tergelak dan certain-certain babak yang lain, selebihnya kami panas bontot ingin keluar panggung. Apakan daya, kerusi kami spot yang terbaik iaitu di tengah-tengah panggung menghalang kami untuk keluar dari panggung tersebut.

Kami enggan review banyak missing plot dalam filem ini. Apa pun, siapalah kami ingin menghalang uols dari menonton filem ini. Bintang untuk filem ini 1.5 / 5 bintang.

Lawak bodoh meluat:

Watak dua ekor beruk hensem memperbodohkan diri masing-masing main rimau mainan dan sepak kepala antara satu sama lain.

Muncul muka pengarah, adik, abang, RATU tak laku, sedare-mare, atok & nenek kalau boleh masuklah semua warga krewlah! M. Razak Shyamalan ke ape wei!

Lawak basi Saiful Apek. Anda patut berhenti berlakon, kerana ia mampu membuatkan anda legend! Berhenti sebelum terlambat!

Kami sangat diperbodohkan dengan lawak bodoh mayat hidup yang dari awal sudah tahu dia bukan mayat dan tidak sedar-sedar walaupun di bawa kesana – sini.

Watak Leo gengster yang paling bodoh di dunia.

Noren Noor berpakaian catwoman, buat kami muntah dalam panggung.

Lakonan dua polis yang sentap mak enon dengan Noren Noor, kami macam blur la pasal ape wei.

Yang lain-lain, uolss tambah sendiri selepas tengok filem ini.