Ayu-Zaquan-Dirompak-MEDIAMALAYA

Nasib malang menerima pasangan suami isteri, Ayu Raudhah dan suami, Mohd Zaquan Adha apabila rumah persinggahan mereka di samun pada hari Jumaat lepas. Berita ini dikongsi melalui Instagram Zaquan sendiri.

Dipetik Zaquan berkata

 

Jiran hadapan rumah menghubungi saya untuk memaklumkan kejadian pecah rumah yang disaksikan anaknya melibatkan tiga individu menaiki Toyota Wish berwarna gelap. Kumpulan berkenaan meletakkan kereta berdekatan rumah sambil menekan hon panjang sebelum disusuli dua lelaki mencampakkan barang dari rumah kami

Saya terkejut apabila melihat keadaan rumah saya yang berselerak dan perompak dikesan masuk melalui bahagian dapur. Mereka membawa lari pelbagai barangan berharga termasuk 15 beg tangan berjenama milik isteri saya serta jam tangan pelbagai jenis milik saya dan juga isteri

Dalam jekadian yang berlaku kira-kira 1 petang itu, mereka mengalami kerugian sebanyak RM200 ribu.