Wardina Safiyyah, melalui laman twitternya difahamkan telah dirompak oleh tiga warga Indonesia. Antara barangan yang dirompak lima buah komputer riba milik keluarga Wardina. Suaminya, Ikhwan turut dipukul perompak yang memakai topeng kerana tidak berpuas hati mereka tidak meyimpan barangan kemas.

Wardina menerangkan dia terpaksa log on komputer riba milik jirannya untuk memberitahu berita ini melalui laman twitternya.