Oh apa sudah jadi dengan hubungan rumahtangga Raja Azmi dan suaminya, Eddie? Raja Azmi melaporkan kepada media bahawa pada tahap sekarang, jika jodoh mereka masih panjang maka ia akan bertahan, jika tidak bertahan maka tiada jodoh.
Raja Azmi mengakui telah berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuka mulut. Pasangan ini telah berkahwin selama sebelas (11) bulan namun ia mulai dingin sejak sebulan yang lepas.
Selebriti itu berkata lagi, buat masa sekarang mereka masih lagi suami isteri dan belum berpisah cuma sudah sebulan mereka tidak tinggal sebumbung dan membawa haluan masing-masing.
Kami difahamkan kerenggangan ini berlaku kerana kemelut dalam rumahtangga yang berpunca daripada isu peribadi. Walaupun kita belum tahu perkara sebenar, kami berharap perkahwinan mereka tidak akan berakhir dengan perceraian.