Wednesday , October 27 2021

Saharul Ridzwan & Deena Emir bakal timang cahaya mata?

Pasangan selebriti, Saharul Ridzwan dan Deena Emir telah berkahwin pada bulan Oktober yang lalu. Mereka dikhabarkan bakal menimang cahaya mata permata tidak lama lagi.

Menerusi pengakuan di akaun Instagram Saharul, dia seolah berkongsi berita gembira dengan memuat naik gambar perkembangan bayi beserta caption bersyukur dengan rezeki yang diberikan.

Dipetik caption Saharul bertulis

Assalamualaikum. Alhamdulillah, doakan Allah melindungi kami. Salam maghrib semua

Selepas gambar itu dimuat naik, para pengikut Saharul mula bertanya-tanya perkembangan berita itu malah ada yang sudah mengucapkan tahniah buat pasangan itu. Namun, artis tersebut belum memberi sebarang komen mengenai kenyataan tersebut.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …